Tuesday, February 22, 2011

wanita bertudung separuh bogel di malaysia ?




assalamualaikum dan selamat petang .




eh , korang perasan tak ? asal petang je mesti tiqaa update blog . mood untuk mengupdate blog datang secara membuak2 pada waktu petang macam ni . pelik kan . hehe . padahal tak pun , waktu2 macam ni internet laju sikit . kalau tak guna broadband , boleh guna wifi sekolah sebelah rumah . untung kan taman perumahan sebelah sekolah ?
tersangat2 beruntung ! hahaha . nak pergi sekolah pun dekat dan yang paling penting balik sampai rumah awal . hahahaha . buat teman2 tiqaa jangan jeles tao :) tapi sekarang tiqaa dah abis sekolah . eh , asal tiqaa cerita pasal sekolah pulak . mungkin rindukan sekolah . bila laa result SPM nak keluar ni ? kawan2 cakap minggu depan . hmm , tunggu dan lihat saja laa . oke , tutup cerita pasal tu .




hari ni cuaca agak panas tetapi tak laa sepanas tajuk di atas . ada ke wanita bertudung separuh bogel di malaysia ? entah , tiqaa pun tak tahu .korang fikir2 laa sendiri . tapi tajuk entry di atas sebagai bandingan atau perumpaan (maksud seakan-akan sama) tentang trend terkini di malaysia . tipu laa kalau tiqaa bagitahu yang tiqaa tak ikut peredaran fesyen di malaysia . fesyen ni tak boleh lari daripada wanita . betul tak ? fesyen2 yang sampai di malaysia agak lewat , kebanyakan datang dari negara barat . jauh kott tu yang makan masa . ngeh~ tapi ada jugadari negara lain .(fesyen muslimah)




tak kesah laa dari mana datang fesyen tersebut . tapi fesyen tersebut mendedahkan aurat wanita . kita sebagai umat ISLAM ada batas2 dia . dalam ISLAM ada konsep aurat wanita ISLAM . sebagai seorang yang ISLAM , kita mesti patuh . janganlah ikut fesyen sampai keterlaluan . kita boleh berfesyen , tetapi haruslah berlandaskan konsep yang telah ditetapkan dalam ISLAM . fikir-fikirkan bersama oke ? tiqaa pun tak pandai sangat bab ni . tapi kadang2 tengok fesyen orang di luar sana pakai membuatkan tiqaa rasa malu . yea laa , sebagai orang perempuan mesti laa malu . orang sekaum kita pakai macam tu . orang lelaki entah kisah entah tidak . mungkin ada lelaki tertentu suka tengok perempuan berpakaian macam tu . hey ! jaga laa sikit mata tu .




cuba korang bayangkan . kalau isteri , awek , diri sendiri atau adik korang pakai macam tu ? (contoh , pakai baju ketat dan sendat , nipis tapi pakai tudung .) orang sekeliling suda tentu akan pandang . macam2 persoalan yang bermain dalam fikiran dorang . (persoalan2 tersebut juga laa yang bermain dalam fikiran tiqaa) nak tahu ? cuba korang tengok orang berpakaian macam tu dan apa yang ada dalam fikiran korang . oke , jelas . dan yang paling penting , kaum adam . kaum adam sudah semestinya pandang sampai tak terkelip2 biji mata tu , tak pun sampai nak terkeluar biji mata .
kaum adam ni ada satu je nafsu bukan macam kaum hawa yang ada sembilan nafsu . korang pun dah tahu kan ? oleh itu , marilah kita merenung seketika terhadap diri kita dan orang sekeliling dalam hal ini .




lagi satu , pemakaian legging . bagi pendapat tiqaa , tak sesuai laa legging dipakai ditempat awam sebab fabrik dia yang nipis, lembut atau jarang . dah tu terlalu ketat mengikut alur bentuk kaki dan punggung. kalau korang pakai legging di tempat awam boleh mencetuskan imaginasi seksual dan mengghairahkan nafsu seks lelaki-lelaki awam yang melihat secara lansung atau tidak lansung tau . bahaya oke ! tambahan , sekarang kes rogol dan sebagainya banyak berlaku di malaysia . tiqaa sebagai seorang perempuan rasanya tak salahkan nak ingatkan diri tiqaa dan kita semua yang bergelar perempuan . kita boleh mencegah semua tu sebelum berlaku . betul tak ? kalau betul sila angkat kaki dan geleng2kan kepala anda !




eh , apa tiqaa merepek dah ni .oke laa ,sampai di sini saja laa yea . entry ni tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun suda meninggal . sekadar renungan bersama . yang baik datang dari Allah SWT , yang buruk datang dari diri tiqaa sendiri .
sekian .(ada macam cakap dalam ceramah tak ?)




SENYUM SELALU :)








P/S : entry mintak penampar lajulaju daripada orang yang tak puas hati . hahahaa . nampak sangat tiqaa takut kan . jadi , jangan manipulasikan entry ini yaa .(malu)

No comments: