Monday, February 28, 2011

bila result spm nak keluar ?





semalam hari paling sibuk tiqaa jawab soalan .
hahaa .
sebelum ni takda pula soalan dorang nak tanya .
haish .
tapi takpa , bagus untuk otak jugaa .
setelah lama otak tiqaa tak berfikir secara sebetul-betulnya .
sebelum ni main acah tak acah je jawab soalan dorang .
silap-silap kena maki hamun .
huaa .


hari ni , 28.2.2011 .
result spm tak keluar lagi .
tapi khabar angin pasal result spm nak keluar pada tarikh tersebut sangat kuat .
last-last , takda pun berita pasal result spm nak keluar .
hakikatnya , result spm tak keluar hari ni .
sabar yaa kawan-kawan . ngeh .
sekarang berita banyak cerita pasal politik .
maklumlah , pilihan raya nak dekat .
oppss !
:)


bagi tiqaa ,
bila result spm tu nak kelaur tak kisah laa .
yang penting dah buat yang terbaik semasa menjawab soalan spm hari tu .
sekarang ni berdoa laa banyak-banyak oke .
dan terimalah seadanya result spm tu nanti .



*sekian*



P/S : jangan percaya sangat khabar angin ni . indah dari rupa jaa . :)

cinta remaja





cinta ?
rasanya semua orang penah alami .
termasuk laa tiqaa .
hahaa . walaupun sekerat jalan .
mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku .
hidup mesti diteruskan .
senang cerita , tak payah dok layan sangat perasaan sedih tuh .
bukan dapat apa pun .
banyak lagi kerja kena buat dan sedang menunggu pada masa hadapan .
betul tak ?
yang berlalu biarkan berlalu , usah dikenang .


secebis KASIH membuatkan kita SAYANG ,
seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA ,
sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA ,
tetapi sebuah HUBUNGAN selamanya BERMAKNA ..


kalau rajin , klik sini
maaf , video tak boleh nak upload .


*END*

Wednesday, February 23, 2011

kami blogger utagha !

assalamualaikum semua ! apa khabar ?
sehat ? alhamdulillah .


hari ni seronok sikit bw sebab internet laju . bukan sebelum ni tak laju , tapi agak semput sedikit macam tiqaa kalau orang suruh masuk kawad kaki . hahaha . benci sangat-sangat pada mamat-mamat yang masuk jugaa . confirm aa kena buli . dorang tuu senior , tiqaa ni junior masa tuu . tambah plak , perempuan tak ramai . lagi syokk aa dorang buli . benci ! muka-muka dorang tiqaa masih ingat lagi . hati-hati oke ! tiqaa akan cari kowang balek untuk balas dendam . hahaha . (macam laa berani sangat. ngeh .)tapi tuu laa pengalaman tiqaa masa form one . tapi best ! masa tu tiqaa agak skemaa . sekarang ? skema jugaa . hehe . ah , suda laa . apa tiqaa merapu ni .


balek kepada entry kali ni . nu , tajuk kat atas ! sudah baca ? apa , belum ? sila baca lagi sekali oke . 'KAMI BLOGGER UTAGHA' sebut tu kasi dalam sikit . hahaha . masa bw tadi tetiba jaa rasa nak juin . padahal dah lama follow cik gadis kampung separa bandar ni . sebelum ni asyik usya jaa entry yang dia buat . tiqaa suka follow dia . nak tengok blog dia klik sini !






cantik tak bendera kat atas ni ? haa , gabungan empat negeri , kedah , perlis , pulau pinang dan perak . sesiapa yang berasal , belajar atau bekerja di negeri-negeri yang seperti tadi tuu boleh laa juin . tiqaa berasal dari negeri kedah darul aman . best tao tinggal kat kedah ni . hehe .


tu je laa kott . kalau panjang-panjang lagi merapu meraban plak tiqaa ni . kalau nak juin sila terjah sini oke gadis kampung separa bandar




P/S : bila laa kedah nak ada monorel ni ?

semangat ?

assalamualaikum dan selamat petang .


asal petang je mesti tiqaa update blog kan. tu je keje yang ada buat masa ni . nak keje ayah tak bagi . *kempunan*


erm , hari ni cuaca mendung sepanjang hari seakan-akan paham perasaan tiqaa . hmm . kenapa tiqaa rasa macam ni ? adoi . sangat-sangat tak suka !


awak ! awak boleh pergi jauh-jauh tak dari saya ? saya penat laa macam ni . terpaksa berlawan dengan perasaan sendiri .



Tuesday, February 22, 2011

bujang ?

assalamualaikum .






single or double ?


i'm single oke . kolot sangat ke tiqaa ni takda bf . tak payah laa sibuk hal tiqaa . tolong laa ! tiqaa tak suka laa bila orang tanya 'bila nak ada bf' atau 'dah ada bf belum '. sangat menyampah oke ! kalau yang sudah ada bf/gf tu tak payah laa nak tunjuk-tunjuk kat tiqaa . tolong pergi jauh2 . *padahal sangat cemburu* hahahaa .



bukan tak penah ada bf , penah . tapi tak sampai mana pun hubungan tu dan paling menyakitkan hati tiqaa bila dia curang . tipu laa kalau tiqaa bagitau yang tiqaa tak makan hati . mula-mula tu susah nak terima , tapi bila dah lama-lama oke laa . sekarang bubye je untuk dia . lebih baik fokus pembelajaran , dapat menjamin masa depan . mungkin ada hikmah .






P/S : terima kasih buat tiqaa macam ni . awak memang terbaik laa ! :)

wanita bertudung separuh bogel di malaysia ?




assalamualaikum dan selamat petang .




eh , korang perasan tak ? asal petang je mesti tiqaa update blog . mood untuk mengupdate blog datang secara membuak2 pada waktu petang macam ni . pelik kan . hehe . padahal tak pun , waktu2 macam ni internet laju sikit . kalau tak guna broadband , boleh guna wifi sekolah sebelah rumah . untung kan taman perumahan sebelah sekolah ?
tersangat2 beruntung ! hahaha . nak pergi sekolah pun dekat dan yang paling penting balik sampai rumah awal . hahahaha . buat teman2 tiqaa jangan jeles tao :) tapi sekarang tiqaa dah abis sekolah . eh , asal tiqaa cerita pasal sekolah pulak . mungkin rindukan sekolah . bila laa result SPM nak keluar ni ? kawan2 cakap minggu depan . hmm , tunggu dan lihat saja laa . oke , tutup cerita pasal tu .




hari ni cuaca agak panas tetapi tak laa sepanas tajuk di atas . ada ke wanita bertudung separuh bogel di malaysia ? entah , tiqaa pun tak tahu .korang fikir2 laa sendiri . tapi tajuk entry di atas sebagai bandingan atau perumpaan (maksud seakan-akan sama) tentang trend terkini di malaysia . tipu laa kalau tiqaa bagitahu yang tiqaa tak ikut peredaran fesyen di malaysia . fesyen ni tak boleh lari daripada wanita . betul tak ? fesyen2 yang sampai di malaysia agak lewat , kebanyakan datang dari negara barat . jauh kott tu yang makan masa . ngeh~ tapi ada jugadari negara lain .(fesyen muslimah)




tak kesah laa dari mana datang fesyen tersebut . tapi fesyen tersebut mendedahkan aurat wanita . kita sebagai umat ISLAM ada batas2 dia . dalam ISLAM ada konsep aurat wanita ISLAM . sebagai seorang yang ISLAM , kita mesti patuh . janganlah ikut fesyen sampai keterlaluan . kita boleh berfesyen , tetapi haruslah berlandaskan konsep yang telah ditetapkan dalam ISLAM . fikir-fikirkan bersama oke ? tiqaa pun tak pandai sangat bab ni . tapi kadang2 tengok fesyen orang di luar sana pakai membuatkan tiqaa rasa malu . yea laa , sebagai orang perempuan mesti laa malu . orang sekaum kita pakai macam tu . orang lelaki entah kisah entah tidak . mungkin ada lelaki tertentu suka tengok perempuan berpakaian macam tu . hey ! jaga laa sikit mata tu .




cuba korang bayangkan . kalau isteri , awek , diri sendiri atau adik korang pakai macam tu ? (contoh , pakai baju ketat dan sendat , nipis tapi pakai tudung .) orang sekeliling suda tentu akan pandang . macam2 persoalan yang bermain dalam fikiran dorang . (persoalan2 tersebut juga laa yang bermain dalam fikiran tiqaa) nak tahu ? cuba korang tengok orang berpakaian macam tu dan apa yang ada dalam fikiran korang . oke , jelas . dan yang paling penting , kaum adam . kaum adam sudah semestinya pandang sampai tak terkelip2 biji mata tu , tak pun sampai nak terkeluar biji mata .
kaum adam ni ada satu je nafsu bukan macam kaum hawa yang ada sembilan nafsu . korang pun dah tahu kan ? oleh itu , marilah kita merenung seketika terhadap diri kita dan orang sekeliling dalam hal ini .




lagi satu , pemakaian legging . bagi pendapat tiqaa , tak sesuai laa legging dipakai ditempat awam sebab fabrik dia yang nipis, lembut atau jarang . dah tu terlalu ketat mengikut alur bentuk kaki dan punggung. kalau korang pakai legging di tempat awam boleh mencetuskan imaginasi seksual dan mengghairahkan nafsu seks lelaki-lelaki awam yang melihat secara lansung atau tidak lansung tau . bahaya oke ! tambahan , sekarang kes rogol dan sebagainya banyak berlaku di malaysia . tiqaa sebagai seorang perempuan rasanya tak salahkan nak ingatkan diri tiqaa dan kita semua yang bergelar perempuan . kita boleh mencegah semua tu sebelum berlaku . betul tak ? kalau betul sila angkat kaki dan geleng2kan kepala anda !




eh , apa tiqaa merepek dah ni .oke laa ,sampai di sini saja laa yea . entry ni tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun suda meninggal . sekadar renungan bersama . yang baik datang dari Allah SWT , yang buruk datang dari diri tiqaa sendiri .
sekian .(ada macam cakap dalam ceramah tak ?)




SENYUM SELALU :)








P/S : entry mintak penampar lajulaju daripada orang yang tak puas hati . hahahaa . nampak sangat tiqaa takut kan . jadi , jangan manipulasikan entry ini yaa .(malu)

Monday, February 21, 2011

faceblog ?

assalamualaikum dan selamat petang ! semoga sihat selalu .







petang2 macam ni tetiba rasa nak update blog . sebelum ni sibuk sikit . lagi pun blog masih dalam ubahsuaian . bosan aa asyik pandang yang sama ja tiap2 hari . erm , entry kali ni pasal FACEBLOG . penah dengar dan lihat tak ? apa ? tak penah ? oke2 . mari sini . yang jauh2 tu , mari dekat2 sikit . hahaa .

FACEBLOG ni gabungan antara facebook dan blog .*betul ke ? main hentam saja*. sebenarnya , tema FACEBLOG ni seakan-akan facebook . sebab tu laa namanya FACEBLOG . tema yang digunakan sama . antara objektif FACEBLOG diwujudkan adalah untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di Malaysia . dengan itu , kita boleh bersatu dan bekerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger . seterusnya , menjalinkan hubungan yang erat dengan blogger2 lain .




sudah faham ? apa tunggu lagi . jom laa join ! tak rugi pun . banyak manfaat yang boleh kita perolehi .

akhir kata , MAJULAH FACEBLOG UNTUK PARA BLOGGER !

:)

buncit atau kempis ?

buncit atau kempis mana anda suka ?


assalamualaikum . selamat petang semua . sila tengok perut masing-masing ! tanpa perlu berkata apa-apa yaa . apa pandangan anda tentang perut anda ? buncit atau kempis ? kalau kempis , bagus laa . anda sihat ! tetapi kalau buncit , anda harus mengempiskan perut anda . pelik bukan kalau usia masih muda tetapi perut buncit . perkara begini selalu terjadi pada kaum adam . oleh itu , tiqaa nak kongsikan beberapa tips untuk anda semua .







1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit upssetiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.


2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.


3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).


4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin


5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!


6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!


7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.


8. Jaga kalori anda. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda perlu cipta kalori deficit untuk membakar lemak berlebihan.


9. Latihan kardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!


10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!




tu je laa . selamat mencuba !
:)

Sunday, February 20, 2011

tunggu dan lihat .

hari - hari :

bangun dari tidur:
tarikh result kuar mkin hmpir.
*hari ni bape arybulan ea?

mase makan:
gelisah pkir.
*takpe lah , dah kenyangg.

mase jumpa kawan:
topik utama d bincangkn BILE RESULT kuar.
*makin dekat ni makin cuak lak ~

mase ajar adik study:
tingat mase kat sekola dulu.
*bile lah boleh sekolah balek , amek spm balek..

mase tngok tb:
BERITA di tb menjadi pilihan utama.
*mnunggu announcement dari kementerian pelajaran .

mase lapang:
termenung.. ingat mase amek SPM.
*aku dah jawap yang terbaik ke?

mase nak masuk tidor:
lagi sekali pkir ..
*esok , lusa, tulat , tungging... mase yang kian hampir...



ditujukn khas kepada:
KPM : BILA nak umum ni? =_____________='
ex candidate SPM2010 : MASA nya bakal tiba ~ sabar ya .

Wednesday, February 9, 2011

relaks laa dulu

seorang polis telah menahan seorang pak cik kerana tidak menampal pelekat 'P' dimotornya .


polis : 'P' mana pak cik ?

pak cik : pi Alor Staq .

polis : pak cik nak bergurau plak . 'P' mana pak cik ?

pak cik : aku nak pi Alor Staq . (dah mula naik angin)

polis : amboi , main2 plak pak cik (tersengih . pak cik , 'P' mana ?

pak cik : aku habaq pi Aloq Staq hang tak caya . apa hang ingat aku tak tau ka jalan nak pi Alor Staq . hang jangan nak perleceh aku. (marah)

polis : pi pi pi pi laaa . payah sungguh .

pak cik : kan mudah camtu .



P/S : selamat duit pak cik tu . kalau tak , bayar saman laa jawabnya .

Friday, January 28, 2011

. aishiteru .

jum nyanyi lagu nie ramai2 !
best !
:)


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..a a ai aishiteru



p/s ; penemanku dikala sunyi .

Sunday, January 23, 2011

♥ perfect two ! ♥




perfect two ?
yaa , sebuah lagu .
sweet gitu .
hahaa .
:)
i like !

mula dgr lagu tuh kat blog sape ntah .
tetiba aritu follow blog ,
cik minn comel pun letak lagu tuu .
syokk !
♥ ♥ ♥


nah , kowang hayati laa lirik dia .
nak dengar lagu tuh ?
pegi cari sendiri yaa .
i'm sorry .
:)


[Verse 1:]
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

[B-Sec:]
Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

[Verse 2:]
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

[B-Sec:]
Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

[Bridge:]
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
No..

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

[B-Sec 1/2:]
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

[Hook:]
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two


ENDS !
:)
thank you .